Friday, March 16, 2012
Lama sudah mencari..
Gah sungguh tajuknya..hehe LAMA SUDAH MENCARI sebenarnya bukan cari ape pon tapi cari kuih ni lama betul teringin nk buat n makan... kalu kt tempat saya kuih ni panggilnya hmmm ape yer ntah tp kawan sy ckp nama nya kuih telinga kera..tp sy terjumpa kt blog ni namanya kuih Tangkup...apapon namanya kuih ni mmg sdp...
sy copy paste je mls nk taip semula..blom try buat lg carik resepi dulu hehe ~
Bahan Kulitnya:
2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
Cara2 menyediakan:
Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. MaDiHaA guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya.
gambarnya blom lagi dah buat br upload yek...heeee~
Wednesday, March 14, 2012
Wednesday, March 7, 2012
Bertudung lebih baik
8 Sebab Mengapa Perempuan Bertudung Lebih Baik
Saya terbaca artikel ini nk berkongsi dengan semua..harap ia memberi manfaat kepada kita..tq kpd penulisnya yg sudi berkongsi
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.”
Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.
Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.
Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.
Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.
Tuesday, March 6, 2012
Donut Labu
Entah kenapa tiba-tiba leher sy sakit bila nk bergerak..so x dapat nk tido sebenarnya..kalu tidak petang2 macam ni acara tido memang perkara wajib..:-)
Oleh disebabkan saya x dapat tido..saya pon merajinkan diri untuk buat donut ..teringat labu ada dlm fridge, separuh lagi buat masak lemak...
Ok jom semak resepi donut labu saya:
1 cawan labu kuning yg telah direbus-lenyek
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sb marjerin
2 sk gula
1 sk garam
1 biji telur
3 sb susu tepung
1/2 cawan air suam
1 sk yis mauripan
( bhn2 di atas anggaran shj..jika terlembik sila tambahkan tepung)
Cara2 membuatnya..(pakai BM)
1.campurkan semua bhn2 di atas dan tekan on - set dough..
2.rehatkan seketika..biarkan doh mengembang..tumbuk2 untuk membuang udara dan bolehlah membentuk donut anda..
3.goreng dgn minyak yg sederhana panas..dan boleh di taburkan gula halus di atasnya..
Selamat mencuba..(untuk rujukan sy jg yg slalu alpa..heee~)
Sunday, March 4, 2012
Nak Pergi Tamu
Sebenarnya hari ni bgn awai2 pg nk pergi with my pren k.Syuk..siap dah bgn awai2 mandi wangi 2 ujan lak x berenti...lagipon mmg dah ujan strat kul 4 pagi td lg.terjaga coz my bby najihah nk susu..ingatkan berenti laa ujannya dlm kul 6 mcm tu hmmm nmpak gayanya mkn lebat pulak..maybe x rezeki km nk pergi tamu hari ni...
Dah 2@3 weeks dah x pegi tamu..so excited betul hari ni..memandangkan ujan terpaksa lah di batalkan.
Tamu kt cni mcm pasar sehari la kalu kt kg saya..Keningau ni tamu kt cni ada 2 hari dlm seminggu..hari Ahad n Khamis..hari Khamis x dpt laa nk pegi coz sek ....slalu km pergi hari Ahad....
Saya suka sangat pergi tamu.. my asben pon heran nape laa suka sgt pergi tamu..sy slalu ajak tp dia mmg x nk pergi kecuali kalu mood dia terlebih baik dapat laa dia bw sy pergi..tp kan kalu jln sorang2 pon x best gak..rasa x tau apa nk beli..kalu ngan kawan ni lain feel dia..hehehe
nape sy suka bangat pergi tamu:
1. saya suka tgk bnyk sayur2 yg segar bugar
2. sayurnya murah-murah sgt
3. suka beli buah-buahan tempatan ( pisang, rambutan, jambu air.jambu batu n ect..huhu bnyk sgt nk list )
4. saya suka beli buah kelapa..murah sebiji sehengget je
5. sy suka beli ubi kayu,keledek n ubi keladi..
6.suka tgk mak cik ni ddk kt bwh jual sayur..
Kalau kt pasar xkan dpt sayur2 murah mcm tu..walaupun harga sama tp kuantiti dia sikit..jimat pon jimat dpt beli bnyk 2..kekadang smp malu sendiri hehe penuh dgn beg plastik penuh berisi...huhu
Tamu kt keningau ni buka kt Tamu Ground,Keningau..area2 nk pergi pekan so sesapa yg datang Keningau jgn lupa singgah tamu yer...hehe rugi kalu x pergi...(ai la ckp rugi org lain x tau laa..hehe)
Thursday, January 26, 2012
Hobi saya
Saya suka memasak..hehe salah bidang la saya dulu sepatutnya amik katering atau bakery..amik bidang kejuteraan elektrik n elektonik pulak..nasib baik kek n roti sy x ada arus..hahaha :P
Anak-anak saya..
Dah lama rasanya sy x berbloging ni..penuh dah bersawang-sawang smp nk buka blog sendiri pon dah lupa..bkn apa x sempat pon ye..skrg anak-anak tengah membesar, penat melayan kerenah anak-anak sy yg semakin bijak buat perangai..huhu
Dulu km berempat skrg dah berlima..hehe yg kecik tu pon dah setahun lebih.. Mak saya dah pesan hihi jgn nk menambah lg..biar diaorg besar2 pandai jaga diri ..tp kalu Allah nk bg cemaner yer!!! pada saya rasanya sy dah rileks sikit...nurul huda najihah dah bole jalan..x la asyik nk berdukung sj..biarlah dulu kan..setahun dua lagi :)
Harapan saya semoga anak-anak dapat membesar dengan didikan yang sempurna baik duniawi dan ukhrawi...Semoga km sekeluarga kekal bersama hingga ke hujung nyawa..ameen
(anak letak pic anak-anak tp dah lupa cemane huhu )
Tuesday, September 28, 2010
Selamat hari raya...

Dah nak abis dah syawal...sekejap jer rasakan!! baru mcm semalam jer raya dah dekat sebulan pon....apapun selamat hari raya maaf zahir batin...raya tahun ni mcm biasa juga...km x balik kg...beraya jer kt keningau ni...WALAUPUN ramai sahabat handai ramai yang beraya kt kg...tahun ni raya lama cutinya...hampir 3WEEKS...lama jugak tu...apapun memang best beraya kt cni...hehe ari2 ada open house smp x termakan jawabnyer...pergi pon sekadar ziarah dan merapat tali silarurrahim antara km yang berada di perantauan ni...hehe
Thursday, February 25, 2010
Sayur petola
petola ni, ct beli time p tamu ngan k.syuk ari 2...muda2 sangat manis betul...peberet amnan nih, dia suka sgt kalu mkn ngan ikan goreng, laju jer dia mkn...hihisenang jer nk masak ni...rasanya semua org tahu,resepi ni untuk anak ai bila besar baru nk blajar masak..hehe ada2 jer
Bahan-bahan:
3 biji petola ( yang muda)
2 ulas bawang merah
1 biji cili merah
1 sudu udang kering
1 biji telur
cara memasak
tumis bawang merah sehingga layu. masukkan udang kering...pastu masukan air agak2 ler jgn sampai banjir plak..bila dah gelegak masukkan petola n cili, bila nampak dah layu sikit tutup api n masukkan telur. jgn kacau biar dia msk sendiri...ok senang jer kan :)
udang galah
hari ni masak udang resepi udang galah semua...
* udang goreng biasa jer...just letak bawang besar n cili
* gulai udang galah dengan kentang...lama dah nk mkn udang besar2..like udang galah. time blk kg ari 2 ada jg mkn udang fresh ayah yang belikan...macam2 resepi masak...mee udang, sambal udang , gulai udang...semua dah
tp bila dah blk di negeri bawah bayu ni lain pulak jadinya...nk jugak mkn udang fresh tp x dapat la coz jauh dari laut...pedalaman bawah negeri sabah la katakan....tp jadilah, dapat jg makan udang galah ni...
dalam dok memikir nak masak apa....so jadilah gulai udang mak saya ni...
my asben ckp...srh masak char koew teoy...manalah ai pandai, nnt lah abang yer...ayang blajar dulu....nnt kang kalu x sedap ada pulak yg complain...hehe
* udang galah siap disiang
Brownies
Wednesday, February 24, 2010
Sekadar renungan
Hmmmm...sedih jugak bila hasrat di hati banyak yang x kesampaian....telalu banyak dugaan dan rintangan yang dilalui...jika tidak kerana sabar mungkin entah apa yang telah berlaku....
Itulah , selalu terfikir apa lah dosa2 lalu yang telah di buat tanpa disedari...mungkin dugaan yang datang itu hanya untuk menguji IMAN dan TAQWA seorang hamba yang lemah ini....semoga Allah memberiku kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh liku2 hidup di dunia yang sementara ini.....
Ya Allah...Engkau tabahkanlah hatiku, permudahkanlah segala urusanku...semoga aku menjadi insan yang bertaqwa..amin
Monday, February 1, 2010
Cakoi
Bahan-bahan:
400gm tepung gandum
1 cawan air
1 susu besar marjerin (cairkan)
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu teh yis kering
½ sudu the baking soda
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Caranya:
1.Campurkan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis
dan baking soda di dalam mangkuk dan kacau sebati
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga boleh diuli
3.Uli doh hingga lembut dan tak melekat di tangan.Doh mestilah lembut
4.Rehatkan doh selama1/2 jam dan tutup dengan plastik bersih
5.Roll doh nipis lebih kurang 1/2cm berbentuk rectangle
6.Potong doh lebih kurang 1 inci setiap strips
7.bila dah potong tarik sikit dan cantumkan bahagian hujung dengan hujung.(tak tau le nak citer camner alah…kita tindihkan antara satu sama lain then cantum)
8.lepas tu goring dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
9.bila sejuk bolehlah dihidangkan dengan sambal atau kaya.
Bahan-bahannya.
6 biji telur ayam (asingkan putihnya)
300gm gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh garam
1 cawan santan pekat (saya guna susu cair je)
10 helai daun pandan (blend ambik jus je..campur dalam santan jadikan secawan)
Caranya:
1) Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya,masukkan minyak jagung dan pukul lagi
2) Masukkan santan yang telah dicampur dengan jus pandan dan garam.
3) Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata.
4) Dalam bekas lain pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi hingga betul2 pekat (kalau terbalikkan tu tak jatuh le..)
5) Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
Resepi di copy paste daripada blog umi Amir..thanks umi harap halalkan ye saya amik resepi ni...coz memang x tahu macamana nk masak soto johor ni coz sy org utara...
memang sedap n lazat..thanks...
Bahan2nya:
nasi himpit
sup
sambal kicap
bahan hiasan
bergedel
Untuk Sup:
I ekor ayam
5 ulas bawang merah dihiris halus
10 ulas bawang putih dihiris halus
2cm halia diketuk
4 batang serai diketuk
1 peket sup bunjut
sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis
2 helai daun pandan
Daun sup secukupnya
garam secukup rasa
caranya:
Potong ayam dan rebus bersama sup bunjut, halia dan serai yang diketuk.
Apabila ayam masak keluarkan dan goreng.Siat2kan bahagian isi ayam untuk ditabur sebagai hiasan.manakala yang selebihnya masukkan semula ke dalam sup bersama daun pandan.
Goreng bawang yang telah dihiris halus,bunga lawang dan kulit kayu manis di dalam kuali yang berasingan.Bila dah naik bau angkat dan tuangkan kedalam sup yang telah mendidih.Masukkan garam dan hirisan daun sup dan tutup api.
Bahan2 bergedel:
1/2 kg isi ayam dihiris kasar dan digoreng kemudian ditumbuk
1 kilo kentang dihiris dan digoreng kemudian ditumbuk
bawang goreng secukupnya
daun sup seckupnya
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
sedikit lada sulah
Caranya mudah je...Campur semua bahan2 dan bentukkan bulat.Sebelum goreng celupkan ke dalam telur yang telah dikocak.untuk mendapatkan bergedel yang cantik pastikan ianya kering barulah dibalik.
sambal kicap:
segenggam cili/ ikut citarasa
2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa/ perahan limau kasturi
kicap kipas udang secukupnya.
caranya:
masukkan semua bahan dalm belender dan blend halus, sedia diguna.
bahan hiasan:
taugeh dicelur
daun sup dimayang halus
soohun goreng
bawang goreng
Cara menghidang:
hidangkan nasi himpit bersama bahan2 hiasan, bergedel, sambal kicap dan tuangkan sup diatasnya.
Saturday, January 23, 2010
BORING..
Saturday, December 5, 2009
LAMA TAK UPDATE...
oleh kerana lama sangat wife aku tuan empunya blog tak update blog dia.. jadi aku nak tolong updatekan.. hahaha
Takdak citer apa sangat.. cuti kali nie kami balik awal 19hb 11 dah chow dari sabah.. aku amik cuti rehat dua hari.. Terima kasih TUAN PENGETUA... hehe
sampai kampung rasa seronok sangat la.. biasa la setahun sekali balik kg.. Tahun nie aku raya haji@korban kat umah mertua aku (umah wife aku la).. Petang raya baru balik kulim pulak..
tapi setakat hari nie tak pi mana sangat.. pusing kulim ngan kota kuala muda saja la.. jalan2 kot situ saja la..kenduri kawin pun banyak jugak.. asal hari sabtu ngan ahad musti ada kenduri. jenuh makan nasik minyak la..
hari nie dah 5hb 12... em lebih kurang sebulan lagi la.. nak bagi lama skit 4 minggu la.. 2hb 1 balik sabah semula la.. Apapun cuti yang tinggal akan dipergunakan sebaiknya...
So.. SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA PERANTAU YANG PULANG KE KAMPUNG HALAMAN...
(catatan oleh yusdpiero)
Tuesday, October 13, 2009
Icing
chocolate buttercream icing
Stiff Consistency
Cream shortening and butter with electric mixer. Add cocoa and vanilla. Gradually add sugar, one cup at a time, beating well on medium speed. Scrape sides and bottom of bowl often. When all sugar has been mixed in, icing will appear dry. Add milk and beat at medium speed until light and fluffy. Keep bowl covered with a damp cloth until ready to use. For best results, keep icing bowl in refrigerator when not in use. Refrigerated in an airtight container, this icing can be stored 2 weeks. Rewhip before using.
Chocolate Mocha Icing: Substitute cold brewed strong coffee for milk in Chocolate Buttercream recipe.
Darker Chocolate Icing: Add an additional 1/4 cup cocoa (or one additional 1 oz. square unsweetened chocolate, melted) and 1 additional tablespoon milk to Chocolate Buttercream Icing.
For Thin (Spreading) Consistency Icing: Add 3-4 tablespoons light corn syrup, water or milk.
YIELD: Makes about 3 cups.
Wednesday, October 7, 2009
Mee Goreng Sabah..

mee goreng sabah...hihi apa la lain nyer dari mee goreng kita erk...?? itu lah dulu time baru mula2 sampai kt sabah nih..








