petola ni, ct beli time p tamu ngan k.syuk ari 2...muda2 sangat manis betul...peberet amnan nih, dia suka sgt kalu mkn ngan ikan goreng, laju jer dia mkn...hihi
senang jer nk masak ni...rasanya semua org tahu,resepi ni untuk anak ai bila besar baru nk blajar masak..hehe ada2 jer
Bahan-bahan:
3 biji petola ( yang muda)
2 ulas bawang merah
1 biji cili merah
1 sudu udang kering
1 biji telur
cara memasak
tumis bawang merah sehingga layu. masukkan udang kering...pastu masukan air agak2 ler jgn sampai banjir plak..bila dah gelegak masukkan petola n cili, bila nampak dah layu sikit tutup api n masukkan telur. jgn kacau biar dia msk sendiri...ok senang jer kan :)
Thursday, February 25, 2010
udang galah
hari ni masak udang resepi udang galah semua...
* udang goreng biasa jer...just letak bawang besar n cili
* gulai udang galah dengan kentang...
lama dah nk mkn udang besar2..like udang galah. time blk kg ari 2 ada jg mkn udang fresh ayah yang belikan...macam2 resepi masak...mee udang, sambal udang , gulai udang...semua dah
tp bila dah blk di negeri bawah bayu ni lain pulak jadinya...nk jugak mkn udang fresh tp x dapat la coz jauh dari laut...pedalaman bawah negeri sabah la katakan....tp jadilah, dapat jg makan udang galah ni...
dalam dok memikir nak masak apa....so jadilah gulai udang mak saya ni...
my asben ckp...srh masak char koew teoy...manalah ai pandai, nnt lah abang yer...ayang blajar dulu....nnt kang kalu x sedap ada pulak yg complain...hehe
* udang galah siap disiang
Brownies
Wednesday, February 24, 2010
Sekadar renungan
Bila Allah cepat makbulkan doamu, Dia menyayangimu, Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia mengujimu, Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancancang sesuatu yang lebih baik untukmu....
Hmmmm...sedih jugak bila hasrat di hati banyak yang x kesampaian....telalu banyak dugaan dan rintangan yang dilalui...jika tidak kerana sabar mungkin entah apa yang telah berlaku....
Itulah , selalu terfikir apa lah dosa2 lalu yang telah di buat tanpa disedari...mungkin dugaan yang datang itu hanya untuk menguji IMAN dan TAQWA seorang hamba yang lemah ini....semoga Allah memberiku kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh liku2 hidup di dunia yang sementara ini.....
Ya Allah...Engkau tabahkanlah hatiku, permudahkanlah segala urusanku...semoga aku menjadi insan yang bertaqwa..amin

Monday, February 1, 2010
Cakoi
Teringin pulak nk mkn kuih cakoi, kalu ditempat sy diaorg panggil pak tungku...hihi lawak kan , xtaulah nape gitu namanya..cari2 kt tenet td jumpa resepi ni..jom layan ^-^
Bahan-bahan:
400gm tepung gandum
1 cawan air
1 susu besar marjerin (cairkan)
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu teh yis kering
½ sudu the baking soda
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Caranya:
1.Campurkan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis
dan baking soda di dalam mangkuk dan kacau sebati
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga boleh diuli
3.Uli doh hingga lembut dan tak melekat di tangan.Doh mestilah lembut
4.Rehatkan doh selama1/2 jam dan tutup dengan plastik bersih
5.Roll doh nipis lebih kurang 1/2cm berbentuk rectangle
6.Potong doh lebih kurang 1 inci setiap strips
7.bila dah potong tarik sikit dan cantumkan bahagian hujung dengan hujung.(tak tau le nak citer camner alah…kita tindihkan antara satu sama lain then cantum)
8.lepas tu goring dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
9.bila sejuk bolehlah dihidangkan dengan sambal atau kaya.

Kek chifon
Bahan-bahannya.
6 biji telur ayam (asingkan putihnya)
300gm gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh garam
1 cawan santan pekat (saya guna susu cair je)
10 helai daun pandan (blend ambik jus je..campur dalam santan jadikan secawan)
Caranya:
1) Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya,masukkan minyak jagung dan pukul lagi
2) Masukkan santan yang telah dicampur dengan jus pandan dan garam.
3) Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata.
4) Dalam bekas lain pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi hingga betul2 pekat (kalau terbalikkan tu tak jatuh le..)
5) Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.

Soto
Resepi di copy paste daripada blog umi Amir..thanks umi harap halalkan ye saya amik resepi ni...coz memang x tahu macamana nk masak soto johor ni coz sy org utara...
memang sedap n lazat..thanks...
Bahan2nya:
nasi himpit
sup
sambal kicap
bahan hiasan
bergedel
Untuk Sup:
I ekor ayam
5 ulas bawang merah dihiris halus
10 ulas bawang putih dihiris halus
2cm halia diketuk
4 batang serai diketuk
1 peket sup bunjut
sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis
2 helai daun pandan
Daun sup secukupnya
garam secukup rasa
caranya:
Potong ayam dan rebus bersama sup bunjut, halia dan serai yang diketuk.
Apabila ayam masak keluarkan dan goreng.Siat2kan bahagian isi ayam untuk ditabur sebagai hiasan.manakala yang selebihnya masukkan semula ke dalam sup bersama daun pandan.
Goreng bawang yang telah dihiris halus,bunga lawang dan kulit kayu manis di dalam kuali yang berasingan.Bila dah naik bau angkat dan tuangkan kedalam sup yang telah mendidih.Masukkan garam dan hirisan daun sup dan tutup api.
Bahan2 bergedel:
1/2 kg isi ayam dihiris kasar dan digoreng kemudian ditumbuk
1 kilo kentang dihiris dan digoreng kemudian ditumbuk
bawang goreng secukupnya
daun sup seckupnya
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
sedikit lada sulah
Caranya mudah je...Campur semua bahan2 dan bentukkan bulat.Sebelum goreng celupkan ke dalam telur yang telah dikocak.untuk mendapatkan bergedel yang cantik pastikan ianya kering barulah dibalik.
sambal kicap:
segenggam cili/ ikut citarasa
2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa/ perahan limau kasturi
kicap kipas udang secukupnya.
caranya:
masukkan semua bahan dalm belender dan blend halus, sedia diguna.
bahan hiasan:
taugeh dicelur
daun sup dimayang halus
soohun goreng
bawang goreng
Cara menghidang:
hidangkan nasi himpit bersama bahan2 hiasan, bergedel, sambal kicap dan tuangkan sup diatasnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)