Monday, August 31, 2009




Rendang Tok

Bahan-bahan

500 gram daging lembu tulang kering bulat atas tanpa lemak, didadu
1 liter / 4 cawan santan (daripada 2 biji kelapa parut dan 1 liter ( 4 cawan air)
55 gram (1/2 cawan kerisik)
1 sudu besar jintan putih (halus serbuk)
1 sudu besar jintan manis (kasar serbuk)
garam
gula

Dikisar halus halus

4 sudu besar pes cili
2 biji bawang besar, dikupas
6 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
3cm halia, dikupas
4 batang serai, dihiris halus-halus
2cm lengkuas, dikupas

Cara

1. Bubuh daging, santan dan bahan kisar di dalam kuali dan renihkan. Masak di atas api kecil sehingga daging empuk.

2. Tambah kerisik, jintah putih/ halis dan jintan manais/ kasar. Masak sehingga kuah mula memekat.

3. Masukkan gula dan garam dan terus masak sehingga daging menjadi agak kering. Hidang bersama nasi.

Rujukan :Buku "Sedapnyaaa..." (Hidangan Kegemaran Chef Wan

Tuesday, August 25, 2009

Sebelum Berbuka Hari Nie..

Assalamualaikum... hari nie masuk hari keempat dah.. Sekejap saja masa berlalu kan... Bulan puasa nie rezeki berbuka tak pernah putus2. Banyak kawan2 sedekah kan juadah.. alhamdulillah.. Banyak la pahala kawan2 semua.... Insyaallah.
Juadah yang ada dalam gambar sebelah; Lontong... karipap.... seri ayu... cucuq badak... cucuq udang.. cili dalam plastik tu aku beli tadi untuk memasak.. hehe


Kat sebelah tu mee goreng... untuk moreh kat smk keningau 2 malam nie. Sapa2 yang mai malam nie.. pakat2 la pekena.




Okey.... selamat berpuasa dan membuat ibadat... Jom pakat2 kita kejar pahala dan ganjaran yang Allah swt nak bagi kat kita....

catatan oleh yusdpiero... (tumpang tulis kat blog awak yer)

Bintang Bola Sepak Turut Berpuasa

Dipetik dari laman; http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

KANOUTE


REAL MADRID - Beberapa bintang bola sepak yang beragama Islam seperti Freddie Kanoute tetap berpuasa walaupun bermain dalam bulan Ramadan, lapor sebuah akhbar semalam.

Bekas penyerang kelab bola sepak Tottenham Hotspur di England itu, Kanoute kini bermain untuk kelab Sevilla di Sepanyol.

Pemain yang turut mengikuti langkah Kanoute adalah Mahamadou Diarra, Lassana Diara dan Karim Benzema dari kelab bola sepak Real Madrid.

Semasa bulan puasa, beberapa doktor terpaksa bekerja pada setiap masa bagi memikirkan formula terbaik sebagai rutin untuk memastikan pemain-pemain itu kekal cergas semasa bulan puasa.

Beberapa akhbar tabloid Sepanyol memainkan tajuk utama akhbar mengenai bulan puasa dan perdebatan sama ada pemain sepatutnya dibenarkan berpuasa dan bermain bola pada masa yang sama di bulan Ramadan.


KARIM


Namun, Kanoute bertegas mahu meneruskan ibadah puasa dan bermain bola sepak di bulan Ramadan.

"Saya cuba untuk menghormati kepercayaan saya dan mengikut ajarannya selagi saya mampu.

"Semasa bulan Ramadan, saya memberikan sepenuh tenaga untuk kelab saya dan tidak mengecewakan rakan sepasukan.

"Setiap orang amat baik terhadap kami dan mereka memahami saya," kata Kanoute. - Agensi

Sunday, August 16, 2009

OPOR DAGING


OPOR DAGING - CARI Makan & Resipi
Bahan-bahan
1 kg daging [hirskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
2 s/b kerisik
1 s/b gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
3 s/b rempah kari daging ]
1 s/k jintan manis ] gaulkan
1 s/k jintan putih ]
3 keping asam keping
minyak
garam


Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.
3. Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.
4. Masukkan santan dan biarkan reneh denagan api yg kecil sehingga mendideh dan daging lembut.
5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat atau pulut kuning.

Lagu Seloka Mai Cek mai

Dengag lagu ni teringat kampung... hehe

Sunday, August 9, 2009

Kuih Dangai

KUIH DANGAI

Bila tengok kuih dangai ni teringat kt ayah kt kampung...Ayah memang suka sangat makan kuih ni...teringat dulu time sekolah rendah mak slalu buat...pakai kelapa yang x brapa tua... sebabnyer isi dia lembut lagi n manis sikit berdanding kelapa tua...kena parut jer!!! senang jer tgk mak buat...
So tgk la resepi kt bawah memang simple n sedap!!!!



















BAHAN-BAHANYA:-

  • 1 peket tepung pulut
  • 3 biji kelapa parut muda (putih)
  • 4 sudu besar gula putih
  • Gula merah atau gula melaka secukup rasa.
  • Sedikit garam.
CARANYA:-

1. Gaulkan tepung, kelapa, gula dan garam

2. Bahagikan kepada 2 bahagian
Tekan bahagian 1 dalam loyang yang telah disapukan dengan butter/ minyak. Kemudian taburkan sedikit gula merah/ melaka.
3. Tuang bahagian 2 di atas gula tadi dan tekan sedikit supaya mampat. Bila potong nanti tak terlerai.

4. Bakar dalam oven 180°C hingga masak. Bahagian tepi kekuningan.


P/S- Kalau nak cantik gunakan loyang yang panjang.

Selamat mencuba

Saturday, August 8, 2009

H1N1

Setakat mana kita kenal Influenza A (H1N1)

H1N1: 3 lagi kematian dicatatkan
KUALA LUMPUR: Tiga lagi kematian dicatatkan akibat wabak Influenza A (H1N1) menjadikan angka kematian kini meningkat kepada 18 kes.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di sini, pagi tadi – berita terbaru 08/08/09

Gerun sungguh untuk mengetahui semakin hari semakin ramai orang meninggal akibat Selesema Babi ( H1N1 ) sedangkan ubat untuk penyembuhan belum lagi ditemui . Kita hanya dapat berdoa dan berusaha memastikan ahli keluarga sendiri mengamalkan beberapa langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan penyebaran virus tersebut .

Salah satu nasihat untuk mengawal jangkitan adalah dengan mengamalkan adab batuk yang baik .

cara betul pakai mask

Mengapa mesti menutup mulut ketika batuk atau bersin?

Penyakit sistem pernafasan yang serius seperti influenza, batuk kohol, sistem pernafasan akut yang terusk (SARS) dan tibi merebak melalui batuk dan bersin.

Penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Kita boleh hentikan penyebaran kuman semasa sakit dengan memakai penutup hidung dan mulut ( mask ) atau pun palingkan muka daripada orang lain atau makanan sewaktu batuk atau bersin.

Tutup mulut dan hidung dengan sapu tangan atau tisu ketika batuk dan bersin. Buang tisu di dalam tong sampah selepas digunakan. Jangan berkongsi sapu tangan dengan orang lain. Jika tiada pilihan lain, gunalah lengan baju atau skaf tetapi pastikan tidak bersentuhan dengan orang lain sehingga pakaian tersebut ditukar.

Jangan pergi ke tempat yang sesak dengan orang ramai. Anda mudah menjangkiti atau anda mudah dijangkiti. Jika terpaksa, gunakan penutup mulut dan hidung ( mask ).

Beberapa fakta mengenai Influenza A ( H1N1 )

  • Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).
  • Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.
  • Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.
  • Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1).
  • Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimia pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul.
  • Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

Rujukan : Laman web rasmi H1N1 [ h1n1.moh.gov.my ]

Hari yang memenatkan...


Hari ni adalah yang palingg penat...travel to kk and pulang balik umah...hehehe Bayanglah pejalanan kk - keningau pon dah dekat dua jam...Sebenarnyer memang dah lama x p kk...last p kk rasanyer awal2 tahun dulu..bayang kan la sekarang ni dah bulan baperr..hehe sabor jelahhh.
Sebenarnyer memang dari awal lagi dah planning nk p kk ari ni,Sabtu 8hb ogos bcoz ada meeting kt kk.My asben pon siap2 la tempah hotel Tabung Haji...best la rasa sampai lupa gejala penyakit H1N1...hehe ,sekali operator Tabung Haji 2 tpon cancel sbbnyer ada aktiviti apatah...heehe geram dibuatnyer..kita siap2 dah pasang angan2 nk pergi ke sana sini..kononnya nk beli baju raya anaklah, nk makan Big Apple kat 1Borneo, nk beli kurma kt Wisma Muis.........yang x puas hati lg tgk kt Tamma td ada sale....huhuhu tp x sempat masuk pon sebabnyer dah lambat x solat lagi...
Inilah nk citernyer..km bertolak dari rumah td dah lewat dah...dalam pukul 12 lebih sebabnyer my aben sekolah hari ni...and terus lah ketempat meeting tu..ct ngan anak2 tggu kt dalam kereta jer, rasa malas nk masuk lagipon kt luar pon ada jugak angin sepoi2 bahasa..dekat sejam gak la tggu dalam kereta 2...nasib baik lah anak2 x buat hal...steady jer.Mungkin dah kenyang kot sebabnyer dah siap2 bagi makan nasi kt umah ....
Dalam dok boring2 tu...dengar macam bdk menjerit...mula2 buat x tau jer...makin lama makin kuat...buka pintu kereta intai la kt tepi jalan x der pon....tiba2 terpandang dalam longkang...tau tak aper...??anak anjing jatuh dalam longkang banyak pulak airnyer...alahai kesiann!!!kesejukkan...
Dalam dok tengok anak anjing2 terpikir.....naper x tolong??? tgk jer dalam hati kesiannyer...sebabnyer dok ingat anjing x bole pegang kan HARAM...kang kena samak pulak...hehehe sabor jer lah...
Lepas abis meeting km pon gerak terus pegi Wisma Muis..sebabnyer ada Ustaz pesan tolong belikan Al-Quran...dah abis pulak!!!! terus pegi solat kt Masjid Negeri...pegi makan....
Lepas makan km pun terus gerak nak balik Keningau...Teringat pulak budak2 belum mandi...berpeluh2 dua orang tuu...kesian pulak.Nasib baik x meragam syukur Alhamdulillah..
On the way balik singgah kt masjid bagi anak2 mandi n terus buat jamak.....
Sampai kt rumah dalm pukul 9 macam tu.....penat sungguh hari niii...!!!! si Amnan tdo lepas gerak dari masjid td sampai sekarang belum bangun...sian anak ibu penat sungguh kan!!!

Friday, August 7, 2009

Sedapnyerr...

Strawberry Tart

Recap From My FP

STRAWBERRY TART

Resepi ni ct copy n paste jer dr blog A Place Where I Called Home...lama dah teringin nk buat sendiri...slalu tgk kt kedai bakery mcm sedapjer x penah plak beli.....


Ini resipi asal....

Bahan Pastry

250 gm butter
125 gm gula icing
1 biji telur gred A
440 gm tepung - (terpaksa tambah almost 80-100 gm sbb terlampau lembik)

Filling

500 gm cream cheese (resipi asal 250 gm je...)
60 gm butter 120 gm gula castor (asal - 60 gm je)
1 biji telur gred A Cara

Untuk Pastry

Putar butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur dan putar lagi. Kemudian masukkan tepung sehingga adunan dpt dibentuk. Uli doh dan terap dengan acuan bulat (yg lebih kurang sama besar dengan acuan tart - tekan) - kemudian tekan doh dengan garpu - bakar selama 10-12 minit atau 3/4 masak.

Untuk filling

Putar cream cheese, butter, gula castor dengan telur hingga sebati. Ketepikan

Thursday, August 6, 2009

Wednesday, August 5, 2009

NISFU SYAABAN

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Khamis malam Jumaat ( sebaik saja masuk maghrib), 6 OGOS 2009 (selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan
kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, khamis malam)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, khamis malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI
DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA KHAMIS 6 OGOS 2009 INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...

WASSALAM

Saturday, August 1, 2009

Nur Kasih....

Semalam tengok drama Nur Kasih...x tau la rasa x leh miss la crita dia..kalu sempat tgk kt tv mesti buka kt tenet kt tv3 tuu...
Sian Nurr kan...tp xpa Adam dah blk,mslahnya dia bawa Kat la pulak...hehehe saspen nih x sabor tgg next episode...
So layanlah opening song Nur Kasih kt bawah tuuu.........

Roti sosej lagi...

  • Kalu nak tahu ct memang suka makan roti sosej...anak2 pun suka!!! That's why la i slalu buat roti sosej...tp kali ni lain sikit la bentuk dia....tak nak bagi boring...hehehe husband i kalu buat roti mesti dia cakap cam ni..." asyik2 roti sosej jaa!!!"........... hehehe nak buat camner dah memang makan roti sosej....hehehe

Ayam masak kurma

Ayam masak kurma terengganu stail...selalu masak kurma mcm lain simple jer...tp kali ni mcm banyak sikit bahan2 dia.
Resepi ni ct jumpa dlm tenet.Dah ingat pulak saper punya blog...hehe yang pasti memang sedap.Rasa mcm msk beriani pun ada...tq yer.

Ni permintaan kak Zana suruh tepek resepi ni kt blog...Try la yer mmg sedap.Dalam resepi tu dia pakai daging so ct tukar pakai ayam la coz kt umah ni kalu daging kurang skit....hehehe

Resepinya;
  • 1 ekor ayam dipotong
  • 1 1/2 peket rempah kurma(peket kecik)
  • 1 sb rempah kari daging
  • 1 sb cili kering
  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • kerisik
  • belacan
  • 3 biji bawang besar di mayang
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu susu sejat
  • rempat empat beradik( bunga lawang,bunga cengkih........)
  • air asam jawa
  • garam
  • gula
  • sedikit bawang goreng(diramas)

Cara2

1. Masukkan rempah kari,rempah kurma,cili kering,bawang besar,bawang putih,halia,lengkuas,kerisik dan belacan(kalu sukalah)....blander sampai halus

2.Panaskan minyak..tumis rempah 4 beradik dan masukkan pes yg diblander tadi..kacau sampai terbit minyak.

3.Masukkan ayam yang telah di bersihkan..tggu smpai ayam separuh masak.

4.Lepas tu bolehlah masukkan sos tomato,susu sejat,air asam jawa garam dan gula secukup rasa...

5.Kalu rasa kering bolehla masukkan air...n last skali baru masukkan bawang goreng yang telah diramas tadi...

6.Biarkan sampai terbit minyak....hias dengan daun ketumbar n daun bawang...

7.Sedap di makan dengan nasi hujan panas ataupun nasi minyak...

SELAMAT MENCUBA.......