Saturday, August 8, 2009

H1N1

Setakat mana kita kenal Influenza A (H1N1)

H1N1: 3 lagi kematian dicatatkan
KUALA LUMPUR: Tiga lagi kematian dicatatkan akibat wabak Influenza A (H1N1) menjadikan angka kematian kini meningkat kepada 18 kes.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di sini, pagi tadi – berita terbaru 08/08/09

Gerun sungguh untuk mengetahui semakin hari semakin ramai orang meninggal akibat Selesema Babi ( H1N1 ) sedangkan ubat untuk penyembuhan belum lagi ditemui . Kita hanya dapat berdoa dan berusaha memastikan ahli keluarga sendiri mengamalkan beberapa langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan penyebaran virus tersebut .

Salah satu nasihat untuk mengawal jangkitan adalah dengan mengamalkan adab batuk yang baik .

cara betul pakai mask

Mengapa mesti menutup mulut ketika batuk atau bersin?

Penyakit sistem pernafasan yang serius seperti influenza, batuk kohol, sistem pernafasan akut yang terusk (SARS) dan tibi merebak melalui batuk dan bersin.

Penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Kita boleh hentikan penyebaran kuman semasa sakit dengan memakai penutup hidung dan mulut ( mask ) atau pun palingkan muka daripada orang lain atau makanan sewaktu batuk atau bersin.

Tutup mulut dan hidung dengan sapu tangan atau tisu ketika batuk dan bersin. Buang tisu di dalam tong sampah selepas digunakan. Jangan berkongsi sapu tangan dengan orang lain. Jika tiada pilihan lain, gunalah lengan baju atau skaf tetapi pastikan tidak bersentuhan dengan orang lain sehingga pakaian tersebut ditukar.

Jangan pergi ke tempat yang sesak dengan orang ramai. Anda mudah menjangkiti atau anda mudah dijangkiti. Jika terpaksa, gunakan penutup mulut dan hidung ( mask ).

Beberapa fakta mengenai Influenza A ( H1N1 )

  • Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).
  • Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.
  • Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.
  • Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1).
  • Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimia pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul.
  • Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

Rujukan : Laman web rasmi H1N1 [ h1n1.moh.gov.my ]

No comments:

Post a Comment