Tuesday, August 25, 2009

Bintang Bola Sepak Turut Berpuasa

Dipetik dari laman; http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

KANOUTE


REAL MADRID - Beberapa bintang bola sepak yang beragama Islam seperti Freddie Kanoute tetap berpuasa walaupun bermain dalam bulan Ramadan, lapor sebuah akhbar semalam.

Bekas penyerang kelab bola sepak Tottenham Hotspur di England itu, Kanoute kini bermain untuk kelab Sevilla di Sepanyol.

Pemain yang turut mengikuti langkah Kanoute adalah Mahamadou Diarra, Lassana Diara dan Karim Benzema dari kelab bola sepak Real Madrid.

Semasa bulan puasa, beberapa doktor terpaksa bekerja pada setiap masa bagi memikirkan formula terbaik sebagai rutin untuk memastikan pemain-pemain itu kekal cergas semasa bulan puasa.

Beberapa akhbar tabloid Sepanyol memainkan tajuk utama akhbar mengenai bulan puasa dan perdebatan sama ada pemain sepatutnya dibenarkan berpuasa dan bermain bola pada masa yang sama di bulan Ramadan.


KARIM


Namun, Kanoute bertegas mahu meneruskan ibadah puasa dan bermain bola sepak di bulan Ramadan.

"Saya cuba untuk menghormati kepercayaan saya dan mengikut ajarannya selagi saya mampu.

"Semasa bulan Ramadan, saya memberikan sepenuh tenaga untuk kelab saya dan tidak mengecewakan rakan sepasukan.

"Setiap orang amat baik terhadap kami dan mereka memahami saya," kata Kanoute. - Agensi

No comments:

Post a Comment