Saturday, September 19, 2009

Nasi Daging


Bahan-bahan:
3 pot beras (pot=tin susu pekat... )
1/2 cwn tomato puree cair
1 cawan susu cair

Bahan-bahan utk stok daging :
500gm daging
2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar rempah kurma
i camca teh lada putih
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Air 5 cawan..ditambah sehingga daging lembut

* Rebus kesemua bahan di atas untuk mendapatkan air stok daging.

Bahan-bahan tumis :
1/2 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, dimayang halus
1 inci halia, dihiris nipis
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 sudu besar minyak/mentega untuk menumis

Cara-cara:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau wanginya.
3. Masukkan beras dan kacau seketika.
4. Tuang air stok daging secukupnya untuk menanak nasi tersebut.
5. Bila beras agak kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau semua hingga rata dan biar nasi masak. Tutup periuk sehingga nasi betul-betul tanak. Sesekali elok dikacau nasi.

* Boleh menggunakan rice-cooker atau masak di dalam periuk di atas dapur.

Cara hidangan :
1. Daging yang telah direbus empuk tadi, dipotong2 nipis. Rinn potong daging siap-siap dalam saiz yg kecil supaya cepat empuk. Boleh dihidang dengan air asam.

Air asam :
Perahan air asam jawa
Bawang besar hiris
Buah tomato segar, dipotong kecil-kecil
Hirisan cili merah atau cili hijau
Belacan bakar
Garam dan gula secukup rasa
Perahan air limau nipis/kasturi

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H


ASSALAMUALAIKUM...
ct Baiyah mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri 1430H.
Kepada semua yang mengenali, maaf dipohon andai ada terkasar
bahasa, terlebih terkata, terkurang apa2, halalkan makan dan minum.
Kalau ada utang yang belum dijelaskan silalah beritahu. Kadang2 aku terlupa.
Kepada rakan taulan yang di Keningau ini, jemput la datang ke rumah kat
Taman Jutaya 1 pada hari kedua. Jangan datang lewat sangat tau..nanti abis menu utama.. hehe...
Kepada semua rakan taulan yang jauh... aku diperantauan mengucapkan selamat hari raya sekali lagi.. kalau nak datang boleh gak.. Insyaallah, ada kesempatan, pulang ujong tahun 2009 nie kita pasti berjumpa.

Thursday, September 17, 2009

ORIGINAL BROWNIES


Original Brownies

100 gm coklat

130 gm mentega

250 gm gula

4 biji telur

130 gm tepung

5 gm serbuk penaik

50 gm badam/walnut


CARA MENYEDIAKAN:

1. Masak coklat dengan mentega menggunakan kaedah double-boiler.Sejukkan

2.Pukul gula dan telur sehingga kembang

3.Masukkan coklat yang telah dimasak tadi ke dalam adunan.

4.Masukkan tepung dan serbuk penaik

5.Akhir sekali masukkan badam atau walnut

6.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180'C selama 40 minit

KEK OREN

Kek Oren

BAHAN A:

200 gm mentega

1 sudu besar ovalatte

225 gm gula kastor


BAHAN B:


250 gm tepung superfine

1/8 sudu kecil garam

1 1/2 sudu kecil serbuk penaik


BAHAN C:


5 biji telur gred B

35 gm susu cair

1 sudu besar perisa oren


CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul bahan A sehingga kembang lebih kurang lima minit.

2. Ayak bahan B dan masukkan bahan C ke dalam bancuhan A, pukul hingga rata.

3. Akhir sekali masukkan bahan B ke dalam semua adunan tadi. Kacau hingga sebati.

4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 hingga 180oC atau sehingga masak.


BAHAN KRIM:

BAHAN A:

250 gm krim keju

50 gm mentega

100 gm susu pekat


BAHAN B:

50 ml air gula (pekat)

BAHAN C:

Bahan perasa ikut suka


CARA MENYEDIAKAN:

1. Putar bahan A sehingga kembang dan masukkan bahan B.

2. Apabila krim sudah siap dan sapukan pada kek.

3. Hiaskan mengikut kreativiti anda sendiri.


Saturday, September 12, 2009

GREEN PRINCESS COOKIES

RESEPI- resepi biskut raya kt cni kebanyakkannya hanyalah copy n paste jer...terima kasih kepada tuan punya resepi..bab2 kuih ni mmg x pandai..terima kasih byk kerana sudi kongsi resepi..heheh saya budak baru belajar....

Bahan A

  • 100gm mentega
  • 75gm minyak sapi
  • 60gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B

  • 50gm serbuk badam
  • 15gm tepung beras
  • 220gm tepung gandum

Bahan hiasan :-

  • coklat masakan putih (*ummi tukar coklat)
  • manik gula warna warni

Cara-Cara:-

1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika.

3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan

4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit.

5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.

Resepi Tat Nenas

A:
250 gram butter
50g icing sugar
½ camt vanilla
2 egg yolk

B: sift together
375g plain flour
20g corn flour

egg yolk to brush the rolled tart.
JAM:
A: USING RIPE Pineapple
250g grated pineapple
125g sugar
½ camt essence

B:using of green Pineapple
3 whole pineapple, grated
4 cups sugar
2-3 kuntum bunga cengkih

Mix and cook over slow fire until sticky and lumpy ( almost 2 hours)

Blend butter and sugar until fluffy. add egg yolk and vanilla essence and mix well. Add in flour then knead untul became a smooth dough. Use the mold to press out app 3 inches strip then put jam in the middle and roll. Brush with egg yolk. Bake until golden yellow.



KUIH MAKMUR

Bahan-bahan:
500 gram minyak sapi tulin
1 kg tepung gandum - di goreng tanpa minyak

Inti:
300 gram kacang tanah - goreng dan tumbuk sampai hancur
susu pekat manis

Gula aising
Cawan kertas yang kecil

Cara membuat dan tips kendalian:
Sediakan inti: Gaul kacang yang sudah di tumbuk dengan susu pekat manis hingga boleh di gentel.
Minyak sapi dengan tepung hingga mesra. Adunan mungkin agak kering tapi terus menggaul hingga lembut dan boleh di kepal. Ambil adunan dengan satu sudu kecil. Masukkan inti dan gentel dalam sudu untuk mendapat saiz yang sama.
Bakar selama 12-15 minit. Tak perlu lama kerana tepung dan kacang sudah masak. Angkat dan masukkan ke dalam gula aising. Kuih amat gebu dan mudah berderai. Untuk mengambil kuih dari tin pembakar semasa masih panas, cubitkan gula aising denagn dua jari kemudian boleh mengambil kuih dengan lebih mudah...dan jari pun tak panas....Golek dalam gula aising semasa panas dan golekkan sekali lagi bila biskut dah sejuk. Masukkan alam cawan kertas.

Thursday, September 10, 2009

Resepi Butter Cream

Ada bermacam resepi membuat Butter Cream untuk menghias kek, salah satu resepi yang biasa digunakan ialah:
Creamlite/Creamweel - 1750 gram
Butter - 250 gram
Gula Sirap - 1200 gram
Proses Kerja:
* Adunkan semua bahan sehingga kembang
* Gunakan warna yang sesuai,Ingat! biasanya untuk sebiji kek yang cantik, warnanya tidak melebi 2 jenis warna,selain warna hijau yang khusus untuk membuat daun.

Cara Membuat Gula Sirap
Gula 1oo0 gram/Air 6oo ml - Masak Hingga Mendidih, Selepas Itu Biarkannya Sejuk.



Biskut Badam

1 biji kuning telur / 1 egg yolk
180g mentega / butter
180g tepung gandum / all purpose flour
150g tepung jagung / corn flour
113 gula ising / icing sugar
4 sudu besar badam kisar / 4 tbsps grounded almond

Hiasan / Glazing
Kuning telur / egg yolk
Badam hiris / almond sliced

Cara menyediakan:
Putarkan mentega dan gula hingga kembang. / Beat butter and sugar till fluffy.
Masukkan telur, tepung gandum, tepung jagung dan badam kisar kemudian kacau rata hingga menjadi doh lembut. / Add in yolk, flour, corn flour and grounded almond and stir mix till soft doh is formed.
Canai dan terap. / Roll out and cut to your design.
Sapu kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam. / Glaze and sprinkle with sliced almond.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 degree Celcius selama 12-15 minit atau sehingga masak. / Bake under 180 Degeree Celcius for 12-15 minutes.



Bahan Utama:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip")
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
  4. Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!!

Thursday, September 3, 2009

PETANG2.....


Nie la aktiviti petang budak2 nie.. Amnan dengan kereta dia nie la.
Kadang2 tergolek jugak. haha.. Kereta nie aku beli masa tahun 2006
kot.. Tahan betul. Abis gasak dah tu.. Selagi tak hancur, takdak la nak beli baru.
Petang2 kalau tak bagi kuar, buat perangai la budak budak nie...
Mesti nak kuar punya..


Ini kakaknya... Nisrina Nabihah. Alhamdulillah.. pandai dah naik basikal
tanpa bantuan roda kechik. Baru jer boleh tu.. Sebulan kot.
Basikal nie pun aku baru beli dalam dua bulan lepas... tapi dua kali pancit dah.
kopak.....kopak.. hehe....
Cina kedai beskal tu kata maybe berat sangat kot muatan. haha...
Kakak pun petang2 mesti minta main kat luar.. Takpa la bagi berkawan..
Bagus jugak kat taman aku dok nie ramai kawan2 sepermainan ngan anak
aku... Main bagus2 tau.. Time panggil balik, mesti balik...

p/s:
(yusdpiero tumpang catat kat blog nie)

SEKALI SEKALA.... KEDAI PLAK

Sehari dua sebelum posa.. saja bawa budak2 makan kat Restoran Rahmat
Semangat betul diorang makan. Mula2 nak pi KFC.. Ntah la, ramai sangat orang
kat situ.. So... tukar channel lain la..
Kalau nak tau ni antara restoran yang best la kat Keningau nie.. hehe.. puji nie
boleh diskaun la lepaih nie..
okey la...

p/s:
(yusdpiero tumpang catat kat blog)