Saturday, September 12, 2009




KUIH MAKMUR

Bahan-bahan:
500 gram minyak sapi tulin
1 kg tepung gandum - di goreng tanpa minyak

Inti:
300 gram kacang tanah - goreng dan tumbuk sampai hancur
susu pekat manis

Gula aising
Cawan kertas yang kecil

Cara membuat dan tips kendalian:
Sediakan inti: Gaul kacang yang sudah di tumbuk dengan susu pekat manis hingga boleh di gentel.
Minyak sapi dengan tepung hingga mesra. Adunan mungkin agak kering tapi terus menggaul hingga lembut dan boleh di kepal. Ambil adunan dengan satu sudu kecil. Masukkan inti dan gentel dalam sudu untuk mendapat saiz yang sama.
Bakar selama 12-15 minit. Tak perlu lama kerana tepung dan kacang sudah masak. Angkat dan masukkan ke dalam gula aising. Kuih amat gebu dan mudah berderai. Untuk mengambil kuih dari tin pembakar semasa masih panas, cubitkan gula aising denagn dua jari kemudian boleh mengambil kuih dengan lebih mudah...dan jari pun tak panas....Golek dalam gula aising semasa panas dan golekkan sekali lagi bila biskut dah sejuk. Masukkan alam cawan kertas.

No comments:

Post a Comment