Saturday, December 5, 2009
LAMA TAK UPDATE...
oleh kerana lama sangat wife aku tuan empunya blog tak update blog dia.. jadi aku nak tolong updatekan.. hahaha
Takdak citer apa sangat.. cuti kali nie kami balik awal 19hb 11 dah chow dari sabah.. aku amik cuti rehat dua hari.. Terima kasih TUAN PENGETUA... hehe
sampai kampung rasa seronok sangat la.. biasa la setahun sekali balik kg.. Tahun nie aku raya haji@korban kat umah mertua aku (umah wife aku la).. Petang raya baru balik kulim pulak..
tapi setakat hari nie tak pi mana sangat.. pusing kulim ngan kota kuala muda saja la.. jalan2 kot situ saja la..kenduri kawin pun banyak jugak.. asal hari sabtu ngan ahad musti ada kenduri. jenuh makan nasik minyak la..
hari nie dah 5hb 12... em lebih kurang sebulan lagi la.. nak bagi lama skit 4 minggu la.. 2hb 1 balik sabah semula la.. Apapun cuti yang tinggal akan dipergunakan sebaiknya...
So.. SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA PERANTAU YANG PULANG KE KAMPUNG HALAMAN...
(catatan oleh yusdpiero)
Tuesday, October 13, 2009
Icing
chocolate buttercream icing
Stiff Consistency
Cream shortening and butter with electric mixer. Add cocoa and vanilla. Gradually add sugar, one cup at a time, beating well on medium speed. Scrape sides and bottom of bowl often. When all sugar has been mixed in, icing will appear dry. Add milk and beat at medium speed until light and fluffy. Keep bowl covered with a damp cloth until ready to use. For best results, keep icing bowl in refrigerator when not in use. Refrigerated in an airtight container, this icing can be stored 2 weeks. Rewhip before using.
Chocolate Mocha Icing: Substitute cold brewed strong coffee for milk in Chocolate Buttercream recipe.
Darker Chocolate Icing: Add an additional 1/4 cup cocoa (or one additional 1 oz. square unsweetened chocolate, melted) and 1 additional tablespoon milk to Chocolate Buttercream Icing.
For Thin (Spreading) Consistency Icing: Add 3-4 tablespoons light corn syrup, water or milk.
YIELD: Makes about 3 cups.
Wednesday, October 7, 2009
Mee Goreng Sabah..
mee goreng sabah...hihi apa la lain nyer dari mee goreng kita erk...?? itu lah dulu time baru mula2 sampai kt sabah nih..
Penkek
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung
3 1/2 sdt baking powder
1 sdt garam (saya kurangkan pada 1/2 sdt sahaja)
1 sdb gula (saya tambah kepada 2 sdb)
1 1/4 cawan susu segar (saya jadikan 1 3/4 cawan kerana sukatan asli tu batter saya jadi pekat sangat)
1 biji telur
3 sdb mentega dicairkan
Saya tambah 1 sdt esen vanilla
- Ayak tepung, baking powder, garam dan gula.
- Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telur dan mentega cair. Kacau hingga sebati semuanya.
- Panaskan pan atas api sederhana. Pastikan pan sudah betul-betul panas.
- Tuangkan adunan sebesar mana yang mahu. Lapisan atas akan berlubang-lubang.
- Bila agak-agak lapisan atas sudah kering, terbalikkan. Biar seketika dan angkat.
Saturday, October 3, 2009
Aising Coklat
Salam buat semua...dah seminggu lebih kita beraya..tetapi aura raya tu tetap ada..dalam asyik beraya banyak sangat pergi ke open house, tapi tahun ni susah pulak nk dapat makan kek coklat yg beraising coklat..Dah x dapat merasa kek orang terpaksa la buat sendiri...x pe lah dapat jugak belajar kan...So jomla kita sesama try aising kek coklat ni. Ianya simple n sedap....:)
Bahan
150 g coklat masakan (dicairkan)
200 g mentega
125 ml susu pekat
2 camb susu segar
4 biji kuning telur
Cara membuatnya
Mentega dipukul hingga kembang kemudian masukkan kuning telur, susu pekat dan susu segar. Pukul lagi hingga rata kemudian tuangkan coklat cair (pastikan ia sejuk tapi masih cair) dan kacau hingga rata. Simpan di dalam peti sejuk sebentar tetapi hendaklah dikacau setiap 2-3 minit supaya ia tidak membeku. Bila cukup pekat, sapukan pada kek.
Kek Gulung
- Telur, gula, ovelet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit).
- Masukkan mentega cair, kemudian kacau rata.
- Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 1/4 cwn) ke dalam bekas lain, kemudian masukkan coklat emulco. Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.
- Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang.
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah.
- Bakar dlm oven selama 20minit dgn suhu 170darjah celcius.
- Apabila kek sudah masak terbalikkan ke atas sekiping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata.
- Setelah jem disapu rata, gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas. Siap
Saturday, September 19, 2009
Nasi Daging
1/2 cwn tomato puree cair
1 cawan susu cair
Bahan-bahan utk stok daging :
500gm daging
2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar rempah kurma
i camca teh lada putih
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Air 5 cawan..ditambah sehingga daging lembut
* Rebus kesemua bahan di atas untuk mendapatkan air stok daging.
Bahan-bahan tumis :
1/2 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, dimayang halus
1 inci halia, dihiris nipis
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 sudu besar minyak/mentega untuk menumis
Cara-cara:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau wanginya.
3. Masukkan beras dan kacau seketika.
4. Tuang air stok daging secukupnya untuk menanak nasi tersebut.
5. Bila beras agak kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau semua hingga rata dan biar nasi masak. Tutup periuk sehingga nasi betul-betul tanak. Sesekali elok dikacau nasi.
* Boleh menggunakan rice-cooker atau masak di dalam periuk di atas dapur.
Cara hidangan :
1. Daging yang telah direbus empuk tadi, dipotong2 nipis. Rinn potong daging siap-siap dalam saiz yg kecil supaya cepat empuk. Boleh dihidang dengan air asam.
Air asam :
Perahan air asam jawa
Bawang besar hiris
Buah tomato segar, dipotong kecil-kecil
Hirisan cili merah atau cili hijau
Belacan bakar
Garam dan gula secukup rasa
Perahan air limau nipis/kasturi
Friday, September 18, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H
ASSALAMUALAIKUM...
ct Baiyah mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri 1430H.
Kepada semua yang mengenali, maaf dipohon andai ada terkasar
bahasa, terlebih terkata, terkurang apa2, halalkan makan dan minum.
Kalau ada utang yang belum dijelaskan silalah beritahu. Kadang2 aku terlupa.
Kepada rakan taulan yang di Keningau ini, jemput la datang ke rumah kat
Taman Jutaya 1 pada hari kedua. Jangan datang lewat sangat tau..nanti abis menu utama.. hehe...
Kepada semua rakan taulan yang jauh... aku diperantauan mengucapkan selamat hari raya sekali lagi.. kalau nak datang boleh gak.. Insyaallah, ada kesempatan, pulang ujong tahun 2009 nie kita pasti berjumpa.
Thursday, September 17, 2009
ORIGINAL BROWNIES
100 gm coklat
130 gm mentega
250 gm gula
4 biji telur
130 gm tepung
5 gm serbuk penaik
50 gm badam/walnut
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak coklat dengan mentega menggunakan kaedah double-boiler.Sejukkan
2.Pukul gula dan telur sehingga kembang
3.Masukkan coklat yang telah dimasak tadi ke dalam adunan.
4.Masukkan tepung dan serbuk penaik
5.Akhir sekali masukkan badam atau walnut
6.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180'C selama 40 minit
KEK OREN
BAHAN A:
200 gm mentega
1 sudu besar ovalatte
225 gm gula kastor
BAHAN B:
250 gm tepung superfine
1/8 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
BAHAN C:
5 biji telur gred B
35 gm susu cair
1 sudu besar perisa oren
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul bahan A sehingga kembang lebih kurang lima minit.
2. Ayak bahan B dan masukkan bahan C ke dalam bancuhan A, pukul hingga rata.
3. Akhir sekali masukkan bahan B ke dalam semua adunan tadi. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 hingga 180oC atau sehingga masak.
BAHAN KRIM:
BAHAN A:
250 gm krim keju
50 gm mentega
100 gm susu pekat
BAHAN B:
50 ml air gula (pekat)
BAHAN C:
Bahan perasa ikut suka
CARA MENYEDIAKAN:
1. Putar bahan A sehingga kembang dan masukkan bahan B.
2. Apabila krim sudah siap dan sapukan pada kek.
3. Hiaskan mengikut kreativiti anda sendiri.
Saturday, September 12, 2009
GREEN PRINCESS COOKIES
RESEPI- resepi biskut raya kt cni kebanyakkannya hanyalah copy n paste jer...terima kasih kepada tuan punya resepi..bab2 kuih ni mmg x pandai..terima kasih byk kerana sudi kongsi resepi..heheh saya budak baru belajar....
Bahan A
- 100gm mentega
- 75gm minyak sapi
- 60gm gula kastor
- 1/2 sudu kecil pewarna hijau epal
Bahan B
- 50gm serbuk badam
- 15gm tepung beras
- 220gm tepung gandum
Bahan hiasan :-
- coklat masakan putih (*ummi tukar coklat)
- manik gula warna warni
Cara-Cara:-
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika.
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.
Resepi Tat Nenas
½ camt vanilla
2 egg yolk
B: sift together
375g plain flour
20g corn flour
egg yolk to brush the rolled tart.
JAM:
A: USING RIPE Pineapple
250g grated pineapple
125g sugar
½ camt essence
B:using of green Pineapple
3 whole pineapple, grated
4 cups sugar
2-3 kuntum bunga cengkih
Mix and cook over slow fire until sticky and lumpy ( almost 2 hours)
Blend butter and sugar until fluffy. add egg yolk and vanilla essence and mix well. Add in flour then knead untul became a smooth dough. Use the mold to press out app 3 inches strip then put jam in the middle and roll. Brush with egg yolk. Bake until golden yellow.
Bahan-bahan:
500 gram minyak sapi tulin
1 kg tepung gandum - di goreng tanpa minyak
Inti:
300 gram kacang tanah - goreng dan tumbuk sampai hancur
susu pekat manis
Gula aising
Cawan kertas yang kecil
Cara membuat dan tips kendalian:
Sediakan inti: Gaul kacang yang sudah di tumbuk dengan susu pekat manis hingga boleh di gentel.
Minyak sapi dengan tepung hingga mesra. Adunan mungkin agak kering tapi terus menggaul hingga lembut dan boleh di kepal. Ambil adunan dengan satu sudu kecil. Masukkan inti dan gentel dalam sudu untuk mendapat saiz yang sama.
Bakar selama 12-15 minit. Tak perlu lama kerana tepung dan kacang sudah masak. Angkat dan masukkan ke dalam gula aising. Kuih amat gebu dan mudah berderai. Untuk mengambil kuih dari tin pembakar semasa masih panas, cubitkan gula aising denagn dua jari kemudian boleh mengambil kuih dengan lebih mudah...dan jari pun tak panas....Golek dalam gula aising semasa panas dan golekkan sekali lagi bila biskut dah sejuk. Masukkan alam cawan kertas.
Thursday, September 10, 2009
Resepi Butter Cream
Creamlite/Creamweel - 1750 gram
Butter - 250 gram
Gula Sirap - 1200 gram
Proses Kerja:
* Adunkan semua bahan sehingga kembang
* Gunakan warna yang sesuai,Ingat! biasanya untuk sebiji kek yang cantik, warnanya tidak melebi 2 jenis warna,selain warna hijau yang khusus untuk membuat daun.
Cara Membuat Gula Sirap
Gula 1oo0 gram/Air 6oo ml - Masak Hingga Mendidih, Selepas Itu Biarkannya Sejuk.
Biskut Badam 1 biji kuning telur / 1 egg yolk 180g mentega / butter 180g tepung gandum / all purpose flour 150g tepung jagung / corn flour 113 gula ising / icing sugar 4 sudu besar badam kisar / 4 tbsps grounded almond Hiasan / Glazing Kuning telur / egg yolk Badam hiris / almond sliced Cara menyediakan: Putarkan mentega dan gula hingga kembang. / Beat butter and sugar till fluffy. Masukkan telur, tepung gandum, tepung jagung dan badam kisar kemudian kacau rata hingga menjadi doh lembut. / Add in yolk, flour, corn flour and grounded almond and stir mix till soft doh is formed. Canai dan terap. / Roll out and cut to your design. Sapu kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam. / Glaze and sprinkle with sliced almond. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 degree Celcius selama 12-15 minit atau sehingga masak. / Bake under 180 Degeree Celcius for 12-15 minutes. | |
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel
Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip")
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya
Cara membuatnya:-
- Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
- Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
- Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!!
Thursday, September 3, 2009
PETANG2.....
SEKALI SEKALA.... KEDAI PLAK
Monday, August 31, 2009
Rendang Tok
Bahan-bahan
500 gram daging lembu tulang kering bulat atas tanpa lemak, didadu
1 liter / 4 cawan santan (daripada 2 biji kelapa parut dan 1 liter ( 4 cawan air)
55 gram (1/2 cawan kerisik)
1 sudu besar jintan putih (halus serbuk)
1 sudu besar jintan manis (kasar serbuk)
garam
gula
Dikisar halus halus
4 sudu besar pes cili
2 biji bawang besar, dikupas
6 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
3cm halia, dikupas
4 batang serai, dihiris halus-halus
2cm lengkuas, dikupas
Cara
1. Bubuh daging, santan dan bahan kisar di dalam kuali dan renihkan. Masak di atas api kecil sehingga daging empuk.
2. Tambah kerisik, jintah putih/ halis dan jintan manais/ kasar. Masak sehingga kuah mula memekat.
3. Masukkan gula dan garam dan terus masak sehingga daging menjadi agak kering. Hidang bersama nasi.
Rujukan :Buku "Sedapnyaaa..." (Hidangan Kegemaran Chef Wan
Tuesday, August 25, 2009
Sebelum Berbuka Hari Nie..
Juadah yang ada dalam gambar sebelah; Lontong... karipap.... seri ayu... cucuq badak... cucuq udang.. cili dalam plastik tu aku beli tadi untuk memasak.. hehe
Kat sebelah tu mee goreng... untuk moreh kat smk keningau 2 malam nie. Sapa2 yang mai malam nie.. pakat2 la pekena.
Okey.... selamat berpuasa dan membuat ibadat... Jom pakat2 kita kejar pahala dan ganjaran yang Allah swt nak bagi kat kita....
catatan oleh yusdpiero... (tumpang tulis kat blog awak yer)
Bintang Bola Sepak Turut Berpuasa
|
|
REAL MADRID - Beberapa bintang bola sepak yang beragama Islam seperti Freddie Kanoute tetap berpuasa walaupun bermain dalam bulan Ramadan, lapor sebuah akhbar semalam.
Bekas penyerang kelab bola sepak Tottenham Hotspur di England itu, Kanoute kini bermain untuk kelab Sevilla di Sepanyol.
Pemain yang turut mengikuti langkah Kanoute adalah Mahamadou Diarra, Lassana Diara dan Karim Benzema dari kelab bola sepak Real Madrid.
Semasa bulan puasa, beberapa doktor terpaksa bekerja pada setiap masa bagi memikirkan formula terbaik sebagai rutin untuk memastikan pemain-pemain itu kekal cergas semasa bulan puasa.
Beberapa akhbar tabloid Sepanyol memainkan tajuk utama akhbar mengenai bulan puasa dan perdebatan sama ada pemain sepatutnya dibenarkan berpuasa dan bermain bola pada masa yang sama di bulan Ramadan.
|
|
Namun, Kanoute bertegas mahu meneruskan ibadah puasa dan bermain bola sepak di bulan Ramadan.
"Saya cuba untuk menghormati kepercayaan saya dan mengikut ajarannya selagi saya mampu.
"Semasa bulan Ramadan, saya memberikan sepenuh tenaga untuk kelab saya dan tidak mengecewakan rakan sepasukan.
"Setiap orang amat baik terhadap kami dan mereka memahami saya," kata Kanoute. - Agensi
Sunday, August 16, 2009
OPOR DAGING | ||||
|
Sunday, August 9, 2009
Kuih Dangai
KUIH DANGAI
Bila tengok kuih dangai ni teringat kt ayah kt kampung...Ayah memang suka sangat makan kuih ni...teringat dulu time sekolah rendah mak slalu buat...pakai kelapa yang x brapa tua... sebabnyer isi dia lembut lagi n manis sikit berdanding kelapa tua...kena parut jer!!! senang jer tgk mak buat...BAHAN-BAHANYA:-
- 1 peket tepung pulut
- 3 biji kelapa parut muda (putih)
- 4 sudu besar gula putih
- Gula merah atau gula melaka secukup rasa.
- Sedikit garam.
1. Gaulkan tepung, kelapa, gula dan garam
2. Bahagikan kepada 2 bahagian
Tekan bahagian 1 dalam loyang yang telah disapukan dengan butter/ minyak. Kemudian taburkan sedikit gula merah/ melaka.
3. Tuang bahagian 2 di atas gula tadi dan tekan sedikit supaya mampat. Bila potong nanti tak terlerai.
4. Bakar dalam oven 180°C hingga masak. Bahagian tepi kekuningan.
P/S- Kalau nak cantik gunakan loyang yang panjang.
Selamat mencuba
Saturday, August 8, 2009
H1N1
Setakat mana kita kenal Influenza A (H1N1)
H1N1: 3 lagi kematian dicatatkan
KUALA LUMPUR: Tiga lagi kematian dicatatkan akibat wabak Influenza A (H1N1) menjadikan angka kematian kini meningkat kepada 18 kes.Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di sini, pagi tadi – berita terbaru 08/08/09
Gerun sungguh untuk mengetahui semakin hari semakin ramai orang meninggal akibat Selesema Babi ( H1N1 ) sedangkan ubat untuk penyembuhan belum lagi ditemui . Kita hanya dapat berdoa dan berusaha memastikan ahli keluarga sendiri mengamalkan beberapa langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan penyebaran virus tersebut .
Salah satu nasihat untuk mengawal jangkitan adalah dengan mengamalkan adab batuk yang baik .
Mengapa mesti menutup mulut ketika batuk atau bersin?
Penyakit sistem pernafasan yang serius seperti influenza, batuk kohol, sistem pernafasan akut yang terusk (SARS) dan tibi merebak melalui batuk dan bersin.
Penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
Kita boleh hentikan penyebaran kuman semasa sakit dengan memakai penutup hidung dan mulut ( mask ) atau pun palingkan muka daripada orang lain atau makanan sewaktu batuk atau bersin.
Tutup mulut dan hidung dengan sapu tangan atau tisu ketika batuk dan bersin. Buang tisu di dalam tong sampah selepas digunakan. Jangan berkongsi sapu tangan dengan orang lain. Jika tiada pilihan lain, gunalah lengan baju atau skaf tetapi pastikan tidak bersentuhan dengan orang lain sehingga pakaian tersebut ditukar.
Jangan pergi ke tempat yang sesak dengan orang ramai. Anda mudah menjangkiti atau anda mudah dijangkiti. Jika terpaksa, gunakan penutup mulut dan hidung ( mask ).
Beberapa fakta mengenai Influenza A ( H1N1 )
- Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).
- Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.
- Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.
- Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1).
- Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimia pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul.
- Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.
Rujukan : Laman web rasmi H1N1 [ h1n1.moh.gov.my ]
Hari yang memenatkan...
Hari ni adalah yang palingg penat...travel to kk and pulang balik umah...hehehe Bayanglah pejalanan kk - keningau pon dah dekat dua jam...Sebenarnyer memang dah lama x p kk...last p kk rasanyer awal2 tahun dulu..bayang kan la sekarang ni dah bulan baperr..hehe sabor jelahhh.
Sebenarnyer memang dari awal lagi dah planning nk p kk ari ni,Sabtu 8hb ogos bcoz ada meeting kt kk.My asben pon siap2 la tempah hotel Tabung Haji...best la rasa sampai lupa gejala penyakit H1N1...hehe ,sekali operator Tabung Haji 2 tpon cancel sbbnyer ada aktiviti apatah...heehe geram dibuatnyer..kita siap2 dah pasang angan2 nk pergi ke sana sini..kononnya nk beli baju raya anaklah, nk makan Big Apple kat 1Borneo, nk beli kurma kt Wisma Muis.........yang x puas hati lg tgk kt Tamma td ada sale....huhuhu tp x sempat masuk pon sebabnyer dah lambat x solat lagi...
Inilah nk citernyer..km bertolak dari rumah td dah lewat dah...dalam pukul 12 lebih sebabnyer my aben sekolah hari ni...and terus lah ketempat meeting tu..ct ngan anak2 tggu kt dalam kereta jer, rasa malas nk masuk lagipon kt luar pon ada jugak angin sepoi2 bahasa..dekat sejam gak la tggu dalam kereta 2...nasib baik lah anak2 x buat hal...steady jer.Mungkin dah kenyang kot sebabnyer dah siap2 bagi makan nasi kt umah ....
Dalam dok boring2 tu...dengar macam bdk menjerit...mula2 buat x tau jer...makin lama makin kuat...buka pintu kereta intai la kt tepi jalan x der pon....tiba2 terpandang dalam longkang...tau tak aper...??anak anjing jatuh dalam longkang banyak pulak airnyer...alahai kesiann!!!kesejukkan...
Dalam dok tengok anak anjing2 terpikir.....naper x tolong??? tgk jer dalam hati kesiannyer...sebabnyer dok ingat anjing x bole pegang kan HARAM...kang kena samak pulak...hehehe sabor jer lah...
Lepas abis meeting km pon gerak terus pegi Wisma Muis..sebabnyer ada Ustaz pesan tolong belikan Al-Quran...dah abis pulak!!!! terus pegi solat kt Masjid Negeri...pegi makan....
Lepas makan km pun terus gerak nak balik Keningau...Teringat pulak budak2 belum mandi...berpeluh2 dua orang tuu...kesian pulak.Nasib baik x meragam syukur Alhamdulillah..
On the way balik singgah kt masjid bagi anak2 mandi n terus buat jamak.....
Sampai kt rumah dalm pukul 9 macam tu.....penat sungguh hari niii...!!!! si Amnan tdo lepas gerak dari masjid td sampai sekarang belum bangun...sian anak ibu penat sungguh kan!!!
Friday, August 7, 2009
Sedapnyerr...
Strawberry Tart
Recap From My FPSTRAWBERRY TART
Resepi ni ct copy n paste jer dr blog A Place Where I Called Home...lama dah teringin nk buat sendiri...slalu tgk kt kedai bakery mcm sedapjer x penah plak beli.....
Ini resipi asal....
Bahan Pastry
250 gm butter
125 gm gula icing
1 biji telur gred A
440 gm tepung - (terpaksa tambah almost 80-100 gm sbb terlampau lembik)
Filling
500 gm cream cheese (resipi asal 250 gm je...)
60 gm butter 120 gm gula castor (asal - 60 gm je)
1 biji telur gred A Cara
Untuk Pastry
Putar butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur dan putar lagi. Kemudian masukkan tepung sehingga adunan dpt dibentuk. Uli doh dan terap dengan acuan bulat (yg lebih kurang sama besar dengan acuan tart - tekan) - kemudian tekan doh dengan garpu - bakar selama 10-12 minit atau 3/4 masak.
Untuk filling
Putar cream cheese, butter, gula castor dengan telur hingga sebati. Ketepikan
Thursday, August 6, 2009
Wednesday, August 5, 2009
NISFU SYAABAN
kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, khamis malam)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, khamis malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam
JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI
DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA KHAMIS 6 OGOS 2009 INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...
WASSALAM
Saturday, August 1, 2009
Nur Kasih....
Sian Nurr kan...tp xpa Adam dah blk,mslahnya dia bawa Kat la pulak...hehehe saspen nih x sabor tgg next episode...
So layanlah opening song Nur Kasih kt bawah tuuu.........
Roti sosej lagi...
- Kalu nak tahu ct memang suka makan roti sosej...anak2 pun suka!!! That's why la i slalu buat roti sosej...tp kali ni lain sikit la bentuk dia....tak nak bagi boring...hehehe husband i kalu buat roti mesti dia cakap cam ni..." asyik2 roti sosej jaa!!!"........... hehehe nak buat camner dah memang makan roti sosej....hehehe
Ayam masak kurma
Ni permintaan kak Zana suruh tepek resepi ni kt blog...Try la yer mmg sedap.Dalam resepi tu dia pakai daging so ct tukar pakai ayam la coz kt umah ni kalu daging kurang skit....hehehe
- 1 ekor ayam dipotong
- 1 1/2 peket rempah kurma(peket kecik)
- 1 sb rempah kari daging
- 1 sb cili kering
- 1 1/2 biji bawang besar
- 2 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- kerisik
- belacan
- 3 biji bawang besar di mayang
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu susu sejat
- rempat empat beradik( bunga lawang,bunga cengkih........)
- air asam jawa
- garam
- gula
- sedikit bawang goreng(diramas)
Cara2
2.Panaskan minyak..tumis rempah 4 beradik dan masukkan pes yg diblander tadi..kacau sampai terbit minyak.
3.Masukkan ayam yang telah di bersihkan..tggu smpai ayam separuh masak.
4.Lepas tu bolehlah masukkan sos tomato,susu sejat,air asam jawa garam dan gula secukup rasa...
5.Kalu rasa kering bolehla masukkan air...n last skali baru masukkan bawang goreng yang telah diramas tadi...
6.Biarkan sampai terbit minyak....hias dengan daun ketumbar n daun bawang...
7.Sedap di makan dengan nasi hujan panas ataupun nasi minyak...
SELAMAT MENCUBA.......
Wednesday, July 29, 2009
Tuesday, July 21, 2009
Roti Sosej
Roti sosej...waa sedapnyer!!! itu lah perkataan yang selalu keluar bila lalu jer kt bakery...hehehe Time2 sekolah dok hostel dulu, bila ujung mggu ari khamis kan blk kampung (negeri kedah cuti sabtu n ahad) mulalah ajak member jejalan kt Central Point,Sungai Petani sebelum blk umah..
Selalu jgak laa beli roti kt bakery2.Apatah namanya lupa dah!!!hehehe lama dah x pegi ctu entah ada ker tidak kedai bakery tuh? Paling banyak aku beli tu la roti sosej..Beli satu x cukup, karang kalu beli dua adik2 pulak berebut..beli la sampai 4,5 bngks..makan puas-puas..hehe
Itulah bila tengok jer roti 2 teringat kt adik2 and member kamceng..idah n tipah..!!sama2 suka makan roti sosej..!!
Haa sekarang nih bila dah kawin teringin la pulak nk wat roti sendiri..dulu blajar ngan kak Azah.Akak yang slalu tumpang nk pegi ngajar tp bila buat x menjadik la roti aku!!alasannya kak Azah pakai mesin pengadun roti..sebab 2 la jadik..aku pakai tangan jer mana nk jd...hehehe alasan!!!
Baru2 ni..sajer la chat ngan Kak Zana akak jiran kt rumah aku 2,tny dia camner nk wat pizza..dia pun offer "mai la blajar ngan kak zana!!"...hehehe aku pon apalagi jangan lepaskan peluang ni..ye lah bab2 masak ni x pandai sgt baru nk bljar...
Pastu try la wat kt umah bkn pizza lagi dah..roti sosej jadiknya..!!!Jadi inilah hasilnyer..yummy yummy....bhah ngan amnan pon suka..apalagi my husband pon puji..."lembut laa roti niii"...aku pun apalagi sengih sampai telinga...ya la slalu buat x penah jadik, keras la, x masak laaaa n macam2 la..what ever thank u kzana sudi jugak ajar camner teknik nk wat roti nih..hehe
Lepas ni jangan jemu makan roti dah la yer anak2 ibu...ibu dah pandai buat roti and pizza...!!!yeay!!!!
Saturday, July 18, 2009
Lagud Seberang dan Pamelaan
Member abang datang tidur kat umah... so... bawak pi jalan2.
Em... Bertolak pun dah agak lewat la... Dalam jam 10 pagi.
Jam 3 lebih baru sampai kat umah... Penat sungguh.
okey... Pi la jalan2 masa cuti. jangan dok umah saja.
bye... nak rehat dulu.
First blog
ini cubaan pertama aku buat blog sendiri.
okey kot untuk percubaan.
lepas nie nak kasi edit sikit2.
dapat juga menambah ilmu pengetahuan.
so... lepas nie and lama2.. expert la kot.
okey... chow dulu..